Monday, February 14, 2011

Perpisahan Ini - 1st Edition feat Aizat Amdan

Friday, November 26, 2010

Kajian tanda-tanda lelaki merajuk .....

) Diam Seribu Bahasa
* Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan / dia anggukkan kepalanya je. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah tu dia merajuk dengan kita.( owhh no.. tanda2 faveret bf aku kuat merajuk..same!!!)

b) Buat Tak Tahu
* Dia akan buat tak tau denagn kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je.Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.(sangat2 setuju....bukan geram aje.. bertambah bengang gile!!!)

c) Menolak Untuk Makan Bersama
* Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan denagn kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan...


d) Masam Muka
* Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amek hanger, gantung kat muncung dia)

e) Baca Surat Khabar
* Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

f) Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
* Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan

g) Keluar Rumah Tanpa Beritahu
* Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnye. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana conferm dia akan buat dek je!

h) Matikan Telefon Bimbit
* Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita menggangu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa,bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

i) Hisap rokok
* Macam tak pernah dpt rokok sethn..

p/s : sometimes betul jugak kajian nie ye...!!! =)

Monday, November 8, 2010

bila si dia merajuk ...

Bila die kata die tak marah ??
saya tahu die sedang marah cuma tak boleh nak marah sebab die terlalu sayangkan saye!!

Bila die kata die tak merajuk ??
saya tahu die sedang pujuk hati die sebab dia taknak tunjukkan yang die merajuk dihadapan saya !

Bila die tak banyak bercakap or msg or call saya ?
saya tahu die amek masa nak pujuk hati sendiri..

Bila saya cakap saya rindu pada die...
Dia tak percaya tapi itulah hakikatnye.. saya sendiri amat2 rindu cinta hati saya yg kuat merajuk...

Bila die berdiam sahaja..
saya akan susah hati and bad thingking..(plzz.. jauhkan)

saya cuma nak cakap.. saya syg cinta hati sye..


Great weekend

Great weekend..
hahaa.. bile ingat balik moment2 sepanjang sabtu ahad nie mmg kelakar lah sesangat.citernye mcm nie, actually sabtu pagi tue dah nak gerak pie kl dengan eriq (which is my bodyguard yg poyo merangkap driver yg slow..aku lagi laju bawa dari die.mungkin sebab struktur bdn die yg tinggi terpaksa bawa keta kontot membuatkan die tak selesa kot...).janji nak pick up die pukul 10 am.. tapi ada pulak penghalangnye.. my car cannot start !!! damn. aku dah agak dah mesti problem bateri punye..wawawa.. dlm hati dah menangis dah sebab comfirm aku mcm tak dpt nak attend wedding zairul..wawawa.. mati akal sampai 2-3-4 jam tunggu bantuan.Mesej Cinta hati supaya dpt tenangkan hati.tapi mood cinta hati pun tak berapa baik agaknye!!! damn aku dlm keresahan lagi..air mata dah bergenang dah bile pk mcm2.finally bantuan pun tibe around 12 tgh hari.. huhu.. even aku rasa frustated bantuan lambat dtg tapi tetap bersyukur sebab keta leh start even not in gud condition i guess!!!!

Tapi wa cekalkan jugak hati sebab wa mmg niat nak gie kl jumpe mak zairul!!! dats the point!!Akhirnya kul 2.30 aku pun gerak pie melaka pick up second driver.tak byk bazir masa we all terus pecut..dlm keta erik boleh pulak bukak cite pesal gf die.. dlm mood ngantukk wa layan....zaaasssssssssss sampai kl kul 6.30. meet point 7.30pm kat kfc.. adoitt sempat ker nak bersolek ??? compom tak sempat !!!! tawakal lagi...

7.30 pm ~ mood excited nak jumpe kengkawan n pegi weeding zairull tapi terbantut bile keta takleh start.. betul2 mencabar kesabaran aku.cuaca hujan.. aku malas nak pk terus tumpang fazilah.nasib baik ada bff..thanks zie....

8.30pm ~ jumpe mak pengantin and sesi berkumpul satu meja dengan kengkawan rapat...old memori remainslah.. apa lagik nak buat.. i love u aunty.. thanks for eveything (dedicated to mak zairul)...

10.00 pm ~ kengkawan semua tolong jumping kan kereta dlm hujan agak lebat.. thanks guyss.. nanti i belanje u all breakfast.. malatopppsss...

11 pm ~ sampai rumah...main sms dgn cinta hati yg mood mcm takde tapi die dah top upkan ..hehehe..ingatkan dh balas mesej tapi terus terlena atas carpet.. sorry syg..!!!

program besok pagi..
breakfast~ sambung berceloteh~tolong jumpingkan kereta ~ and sesi bergambar ngade2 kat my apartments.. semua gedix n baik hati..
chow chin chau to my aunty house.. at ampang...
terperangkap dengan eriq sebab kena lunch dulu baru balik..
adoittt lamanye perjalanan nak balik segamat..huhuhuh...

bile balik teringat byk story tak abeh cite dgn member.. takpe masa byk lagik..huhuhu
k to be continued ..

Friday, October 29, 2010

10 cara bagaimana untuk membahagiakan ibu bapa.

SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.


1. Memberi bantuan kewangan

Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
( sentiasa cuba memberi yg terbaik pada ibu ayah even die orglagik byk duit dari aku !!thanks to ayah n ibu sebab tak pernah berkira dgn intan)

2. Menyediakan tempat tinggal

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang

Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24)

4. Memberi perhatian

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.

5. Memenuhi permintaan

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.
Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medanperang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu Baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.”

6. Melakukan apa yang disukai

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”

7. Bercakap dengan lemah lembut

Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua.. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa.. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama

Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
(aku selalu cuba yg nie,sentiasa mencari ruang untuk jumpe ibu ayah)

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa

Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Sunday, October 24, 2010

Song for my bff....

~~~~~~preetiest friends~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

this is what i look like today
and i'm trying not to pull out my hair
i'm trying not to show it cause i'm far too shy to grow it back there
that's probably why i like wearing hats
there's no denying i'm deferring the facts
avoiding confrontation
lacks tact in a situation
behind every line is a lesson yet to learn

but if you ask me
the feeling that i'm feeling is overwhelming
and oh it goes to show
i've so much to know

i wrote this for my prettiest friend
who while trying not to prove that i care
trying not to make all my moves in one motion and scare her away
well she can't see she's making me crazy now
i don't believe she knows she's amazing how
she has me holding my breathe
so i'd never guess that i'm a none such unsuitable, suitable for her

but if you ask me
the feeling that i'm feeling is complimentery
and oh it goes to show
the moral of the story is boy loves girl
and so on the way that it unfolds is yet to be told

i know that i should be brave
even pretty can be seen by the blind
i know that i cannot wait
until the day we finally learn how to find each other
redefining open minds

and if you ask me
the feeling that i'm feeling is overjoyed
and it's golden, it goes to show then
the ending of this song should be left alone
and so on cause the way it unfolds is yet to be told

My best friends is leaving me soon...

My buddy dunia akhirat(zairul) finally bertemu kebahagian with his future wifey ( zubaida ).....

love both of u...(mode happy)

 
Template by suckmylolly.com