Saturday, July 31, 2010

12 hours @ Malacca

12 hours @ Malacca..
What am i doing ??

7 pm : sampai rumah.chill kejap dgn adik,tgk ibu masak makanan kegemaran gue,jumpe ayah bagi report pesal business kejap .

7.30 pm : siap2 bersihkan diri.mandi/solat/tolong ibu basuh pinggan..masak tak ok!!

8.15 pm : dinner togather (aktiviti wajib)makan ikan hasil kolam ikan ayah.. SUPERB!!!

8.45 pm : berbual2 satu family kat hall rumah sambil2 usha2 kain baju raye utk dijahit

9.15 pm : menonton tv dgn adik sambil bergosip/ sms dgn afath

12.00 am : abis tgk tv kat hall tukar port tgk tv kat bilik ayah pulak.!!mood mcm nak tido bilik ayah tapi tak jadi..

12.30 am : selongkar almari cari handbag yg cinta hati kasik !!!

12.50 am :masa untuk tido ZZZzzzzzzzz

06.15 am : bgn tidur terus masuk bilik ayah cakap.."kenapa tak kejutkan intan!!"hehehe

06.25 am : mandi/solat/kemas beg

07.05 am : gerak balik segamat sebab kena tolong siapkan report !!!! benciiii!!!

sedihnye hs tertinggal atas katil dlm bilik...!! stresss makcik !!


Friday, July 30, 2010

Blackberry !!!


i'm looking dis blackberry before end of dis year!!!
kalo ikut ckp cinta hati nanti buat hantaran....
kelakar3..
takmo2..takmo2...
dah tak tahan dengan pakai handphone biase2 aje...
tetiba mode terindu2 kat handphone Nokia E66 aku..
semuanye gara2 Mr.B dulu!!!!!
stress bila ingat!!!!!!!
..........................................................................oh blackberryku...........

Saturday, July 24, 2010

Cuci Mata di Angsana

Sampai JB tgh hari,
pukul 3 dah start round Angsana..
Fuhh.. gile byk baju utk raya..mcm2 fashion..
Mmg cantik dan harga pun cantikkk sangat!!!!
Skrg nie mmg mood nak cari kain cotton aje...
sweet gile kain2 jenis nie...Tapi smlm pusing2 angsana without membeli pape pun ..saje aje pusing2 cari kain almaklumlah...nak survey kain dulu..
nanti nak turun kay el senang..

Tapikan, kadang2 sye pelik..kenapa mood sye skrg nak mencari kai utk bertunang ??
aduhh sudah sampai seru ker???
alamak makcik sye tak pandai masak lagik...
hehehe..takpe angan2 dulu..nanti baru jadi kenyataan..hehehe

Agak2 tahun nie ada org nak kasik kain raya ker?? Opss ibu ayah dah pesan tahun nie baju raya sendiri2 punye hal..hehehe..

Stress di Hari Jumaat

Hari jumaat punye citer tapi nak story hari pada hari ahad sebab rasa penat n stress hilang pada hari ahad iaitu hari ini.. Boleh ek mcm tue !!!??!!!

Jumaat-

hari yg terpaksa bekejar2 kesana kesini..Tapi satu tempat pun yg nak dituju tak pernah ontime..Salah siapa sbnrya ?? Keadaan ? Sye ? Dia? Mereka ? Fuhh malas nak ingat.Tapi sye mengalirkan air mata juga sebab dah tak tahan sangat stress dat time.Buttz---

Sye jumpe terapi yang paling baik nak dibuat waktu stress kecuali makan!!!

pergilah memanjakan rambut anda di salon....Yupss.. itu yg sye buat..potong sikit,cuci sikit,treatment sikit..so stress di kepala pun hilang.Tapi tak digalakkan jika selalu stress mesti pergi ke pusat saloon rambut sebab membazir..That nite,sye kerugian RM88.00 termasuk kos dipaksa beli shampoo and hair tonic yg dah habis dirumah!! Damn!! worng time lah amoi u suruh i beli.. duit nipisssssssssss!! Tapi control macho punye psal and demi nak jaga rambut ounye pesal.. sye pejamkan mata (padahal dlm hati dh congak2 mana nak cari duit lagik nie)..hehe..Maybe sebab i last customer dat nite.. so kaw2 die pujuk suruh beli shampoo.. Kenapa tak suruh beli botol kecik?? siap suruh beli botol besar..huhuh..

Tapi sye tetap puas hati dengan hasilnye..





Thursday, July 22, 2010

Kelas renang and Scuba Diving

Alopz!!

Hari nie excited nak cite bab kelas renang and scuba diving..
Nak join scuba diving lowh...
Nie semua gara2 afath yang ajak sye gie join scuba diving nie.Actually we can be a good team u know!!..Afath pun skrg amek kelas renang.. so do i lah...
Kenalah amek kelas renang kat melaka + kelas scuba diving..
Sebab ikut perancangan we all tahun depan nak join Kelab Scuba Diving n nak amek license sekali..Wah tak dpt kubayangkan nak join scuba diving nie.. selain menyelam bolehlah jalan2 kat pulau2...hahahha

Afath...nanti kite lumba renang sapa yg sampai dulu.. hahahha
(mode excited !!!)
Chow

Friday, July 16, 2010

Sindrom Carpal Tunnel

Yuhuuu..
early mornin Mr.B baca my blog...
(dlm hati pelik mana die dpt tahu link,tapi bile pk2 balik mesti die baca adik aku punye!!!then kat situ pun ade link..ok3 my mistake!!..neway sye tak kisah!!!)



Ok pagi nie ada info nak cerite pesal Sindrom Carpal Tunnel.Untuk pesakit2 yg macam sye, sedikt info pesal sakit nie baik utk diketahui..




plz refer :-

Sindrom Carpal Tunnel
Oleh: DR. MOHD MAHAMUD MUSMAN (Pakar Ortopedik & Traumatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam)

SINDROM Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit.Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit. Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.
Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.
Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.


Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:

1. Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.

2. Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.
Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulangulang dan dengan kuat.
Contoh pekerjaan yang melibatkan pergerakan seperti di atas adalah seperti bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat.

Walaupun penggunaan komputer yang berlebihan turut dikaitkan dengan Sindrom Carpal Tunnel namun belum ada bukti saintifik yang boleh mengaitkannya setakat ini.
Sindrom ini berpunca daripada tekanan pada saraf median di bahagian pergelangan tangan.
Punca tekanan pada saraf median ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

1. Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hamil dan amyloid.

2. Penggunaan tangan yang berulang-ulang secara berpanjangan atau kecederaan pada bahagian pergelangan tangan.

Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko menghidap sindrom ini adalah:
* Jantina: Wanita mengalami tiga kali lebih risiko berbanding dengan lelaki. Kebanyakannya berlaku selepas menopaus.
* Keturunan: Ini berkaitan sekiranya ada di kalangan saudara-mara yang mengalami keadaan fizikal yang sama, seperti bentuk pergelangan yang sama.
* Keadaan kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.
* Mereka yang merokok juga akan mengalami simptom Sindrom Carpal Tunnel yang lebih teruk berbanding mereka yang tidak merokok.

Diagnosis
Sekiranya ada simptom dan tanda Sindrom Carpal Tunnel, doktor akan mencadangkan untuk melakukan beberapa ujian seperti:

1. Elektromygram: Untuk menentukan bahawa kerosakan otot pada bahagian tangan sudah berlaku atau tidak.
2. Nerve conduction study: Untuk melihat sama ada impuls elektrik saraf menjadi perlahan atau tidak.
Saraf median yang menyebabkan terjadinya simptom Sindrom Carpal Tunne tidak memberikan perubahan deria rasa pada jari kecil tangan.
Tanda lain seseorang menghidap sindrom ini adalah masa berlakunya simptom tersebut.
Masa simptom Sindrom Carpal Tunnel timbul adalah semasa memegang objek seperti telefon, surat khabar, memegang stereng ketika memandu atau ketika bangun dari tidur pada waktu pagi.

Doktor juga akan memeriksa deria rasa pada jari dan kekuatan otot-otot pada tangan.
Dengan menekan tangan secara membongkokkan pergelangan tangan (phalen’s sign) atau mengetuk pada bahagian pergelangan tangan (tinel’s sign) turut akan menyebabkan simptom Sindrom Carpal Tunnel semakin jelas dan teruk.

Pesakit yang mendapatkan rawatan perlu memastikan dan memaklumkan doktor tempat di mana simptom dan tanda-tanda Sindrom Carpal Tunnel berlaku sekitar bahagian tangan.


Rawatan

Pesakit yang mengalami simptom yang tidak teruk boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat “cold packs” (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan. terdapat juga kaedah rawatan lain yang melibatkan pembedahan atau tanpa bedah (non-surgical).

Kaedah tanpa pembedahan melibatkan:
* wrist splinting: Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.

* non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.

* steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan. Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak dapat mengurangkan simptom.
Kaedah pembedahan pula mungkin terpaksa dilakukan dalam keadaan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau simptom terus berlarutan dan bertambah teruk.
Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan.
Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median.
Pembedahan boleh memberi perubahan yang ketara pada simptom Sindrom Carpal Tunnel tetapi kadangkala kesan seperti kebas, lemah tangan dan kesakitan mungkin akan berlarutan untuk satu tempoh masa tertentu.

Kira-kira 70 peratus pesakit yang menjalani pembedahan akan menyatakan bahawa simptom hilang sepenuhnya.
Namun, pesakit yang merokok dan mereka yang sering minum alkohol mungkin akan terus mengalami kesan simptom Sindrom Carpal Tunnel.
Pesakit yang mengalami Sindrom Carpal Tunnel akibat daripada penyakit rheumatoid arthritis pula dinasihat mendapatkan rawatan untuk penyakit berkenaan terlebih dahulu.

(info ini hanya dicopy paste utk tatapan pesakit2 sepertiku)

penggunaan komputer yg betul.klik dibawah

http://www.ehoza.com/v4/forum/panduan-kesihatan/68346-carpal-tunnel-syndrome-must-see.html

Thursday, July 15, 2010

Dilemma

Semalam early mornin, Mr.B ( bukan nama sbnar) dah mesej pepagi buta waktu org nak solat subuh.Dengan keadaan yang mamai, sye baca mesej.Lepas tue tido balik.Sejam kemudian baru teringat nak balas.Mr.B meluahkan perasaan!!!

Minta maaf aje..( selalu minta tapi kesalahan kerap dilakukan !!)
Ajak kahwin ??!! ( mcm mana nak kawen kalo jumpe baru sekali then setahun asyik gaduh all d'way)

Sah Mr.B nie gile !!!
And sye pun pening nak layan org mcm nie yg tak tahu nak membaik pulihkan keadaan.Dia ingat aku nie anak patung ker?? Boneka??...
Opss llupa nak bagitau pulak,, siapa Mr.B..
Teeett!!! Teeet!!!
Hard to say!!!
Cinta hati yang terdahulu yang tak dpt terima kenyataan bahawa our relationship mmg dah tak boleh diselamatkan....Perluke sye berkorban sekali lagik utk diri die ???

Cinta hati sye mcm mana ??
Saya syg cinta hati sye!!
Noted !!!!!

Sunday, July 11, 2010

Penat Vs World Cup

Penat !!
Penat !!!
Sangat Penat !!

Yuhuuuu..
Hari nie mode kepenatan yang teramat sangat.Bukan penat pesal apa pun sangat.Ala penat drive n penat layan org kahwin ( abg sepupu kawen ) comel tau abg sepupu sye!!!
Nanti sye upload gambar majlis die org ekk !!!

Tgh malam nie world cup final pulak tue..
Besok lepas subuh dah nak drive balik segamat n KEJE !!!!
wawawa..mood kemalasan nak keje. Tapi nak buat mcm mana ekk..
Anda diwajibkan datang keje.Cuti dah tak ada..hehehe
Ok ok ok... kena tido awal malam nie..
Kunci Jam
Pukul 1 Bangung...
yahooo Sepanyolllll !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
chayok!!!

Friday, July 9, 2010

Holiday




Mei 2010 !!!
Memori yg paling tak dpt sye lupakan..Bile my parents bawa sye dgn adik sye pegi melawat kakak yg tercinte di Holland!!
Masa dlm flight, dah tak boleh pk dah.. apa nak buat kat sane??
macam mana cuaca kat sana ?
bile nak pegi disneyland ?
bile nak main snow kat zurich ??
nak shooping apa kat sana ??
huhuh.. mcm2 pk woooo

Oklah.. Thanks to my dear Afath sebab sanggup cuti keje and spent d'whole day with me..
Baik sungguh mamat nie !!!xoxoxo.Untung sye ada kawan baik mcm mamat nie !!



MY LOVELY AUNTY

Then finally we all sampai kat airport Schiphol, Amsterdam




..............................................to be continued....dah sangap lah.....




Thursday, July 8, 2010

Bengang !!!!

Yuhuuu...
hari nie mmg sangat bengang gile2...
Tadi lepas beli makanan lunch.. masa sye ondway nak reverse kereta tetibe keta sebelah sye pun dgn tak sabarnye nak mereversekan kerete die.. lepas tue apalagi.. berciumlah sisi tepi tyr belakang sye dgn belakang bumpe keta die.. lepas tue die boleh blahhh aje....yg ko tak sabar2 nak reverse kereta kenape????!!! ko tak nampak ker aku yg reverse dulu ??
mula2 mood marah ! ingatkan minah tue nak berhenti keluar kereta ker?? tpi dh mmg salah ko kan.. tak tgk kiri kanan.. minah tue pun blah aje..takpelah aku tak kisah sebab bukan salah aku..
Tapi kan .. sampai skrg sye worried n masih terpk22 salah siapa sbnyra...

COMFIRM SALAH VIVA HIJAU YANG BERLESEN P SEBAB TAK SABAR2 NAK REVERSE SAMPAI TERLANGGAR SISI TEPI MYVIQU..huhu

(mood sedeh walaupun ketaku tak teruk)
Chow!!

Wednesday, July 7, 2010

Lagenda Budak Setan

Super duper thanks to my cinta hati!!!!
Kali nie die post novel Lagenda Budak Setan yg dibarukan...
Dulu ada koleksi buku nie masa belajar kat Mrsm..

Tapi biasalah masa tue student mana tahu nak jaga barang sangat.Abis baca passing kat orang lain pulak. If im not mistaken, Ona yang suka baca buku.Opss lagik sorang.. Udah..(raudhah)...siap susun lagik novel bawah tilam takut kantoi dengan cikgu....heheh..kelakar pulak bile teringat =).
Now,sye pun dah jadi ulat buku..Thanks syg sebab suka bagi hadiah2 yg berguna utk kite.. nanti kalo hantaran pun kasik kite buku pun takpe...buku cite or buku ilmiah.. jangan kasik buku Permata Yang Hilang sudah......gedixxx!!!

Thanks cinta hatiqu

Malunyeeeee !!!

Semalam !!!
6 July 2010 !!!
Seluar sye terkoyak depan Che Li (ttm)

Bengang ???
Fuhh!! Malu gile!!
macam mana boleh koyak ?? Sye pun hilang punca mcm mana boleh koyak..
Yg paling membuatkan sye geram.. seluar tue baru beli kelmarin..
Seee!!! Melayang RM 70.// Baru pakai sekali..

Masa tragedi yg memalukan tue..sye baru tgh makan2 + ketawa2 dekat kedai (ttm)...
sekali masa nak amek air.. die terus tarik sye kedalm..
adoiitt.. tahu tak.. die nak tgk kat belakang seluar.. tpi sye marah..
then die terus cakap..
" tue haa seluar u koyak!!! ""
Benci nyeee!!!!!
sebab die ckp betull!!
hahahahaha..

Then dgn tak pesal2 sye terus marah die..
"dah lah u , i nak balik !!"
die boleh ckp.. jalan aje pie kereta mcm biase..
padahal seluar tue jalan makin sye jalan makin koyak..
adoitt !!!
Nasib baiklah ada customer dtg, then sye terus lari2 anak pie kat kereta..
Fuhh.. hilang satu masalah...!!!!!
chow!!

Monday, July 5, 2010

bff

BFF ??
Best Friends Forever !!!
Korank ada bff ?? sye pun ade ! And sye percaye setiap insan kat dunie nie dikurniakan teman karib untuk berkongsi segala masalah..betul tak ???!! betull kott (jawapn sendiri)
neway smlm my bff call !! we all jadi bff since dr darjah 4 (16thn).. skrg nie dah 26 thn.. almost 10 years..lamakan ?? well tak tahulah patut dipanggil bff ker atau tak sebab masing2 banyak buat hal sendiri.Berjumpe ?? adalah 2 tahun sekali.. or kadang2 amek masa yg lama jugak nak jumpe..Ikutkan byk lagik yg bff sye yg sentiase saye jumpe/call/msg setiap masa...
tapi sye sangat syg bff sye yg nie..even we all jauh/jarang berjumpe/jarang bertenet/jarang sms ,my bff selalu cakap syelah kawan dunie akhirat die.. so do i dear !!!

Pernah tak korank jatuh hati dgn bff korank ??
It happen to me!!! sye tak malu nak ngaku sye mmg syg bff sye nie since dr saye darjah 3 lagi..
sampai skrg !!!
Yups!!
Percaye tak ??
Kena percaye..
Biasalah bile dah rapat antara satu sama lain, pasti akan menimbulkan rasa sayang + cinta.
Tapi rasa cinta dan syg pada seorang kawan baik tak salah kot!!
Bile mengenangkan semlm sye sentiasa teringat kata2 die..
"acta, kolah kawan dunia akhirat aku.Kalo kite jadi pasangan kekasih, mungkin kite tak sebaik ini..n boleh berkongsi apa sahaja "
Yups sye setuju dgn kata2 bff sye.. "ok2..kite kawan sampai mati !! "
Now bff sye sedang menghitung hari nak mendirikan rumah tangga dengan kawan sekelas sye jugak..how sweet.!!! ( mood sedikit sedeh n frustated ..hehehe.. tapi maintain ok lagi )
Lama tak die org bercinte..turun naik mahkamah jugaklah...
tapi bff sye nie ada satu masalah..
die tak pernah atau mahu nak ketemukan sye dengan tunang @ merangkap kawan sye..
Kenapa ??
die just kata tak perlu..tapi sye tahu sebab die..jeng3 jeng3
(kucing johor n kucing kl tak sama bulu.. kalo jumpe gaduh..katanye...)
paham2 sendiri sudah...
semlm bff sye call, die kata nak jumpe sye sebelum die kahwin ...
sye pun xcited nak jumpe die sebelum die kahwin..
boleh berfoye2 dulu dgn bff sye...

Dear my bff, i love u so much.. i never care what people said about u.From deep of my heart , i really hope that we can chill n spent lots of time with u.. but i know it is very impossible..neways thanks for u friendship..i love u damn so much ..

sob sob sob sob
aku mmg rindu ko!!!

Friday, July 2, 2010

10 petanda die jodoh anda

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

p/s: mungkin die jodoh saye ..ehem..ehem..

Thursday, July 1, 2010

ActaLuVinS ??

very simple


My real name " SITI AKHTAR BAHARUDIN "


My manje2 name " INTAN " ( since sy umur 4 tahun kay !!! )


so muncullah ActaLuvinS

Acta ( short from Akhtar )
Luv ( Love lah.. adoitt !!! )
In ( In short from Intan )
S ( Stands for Siti ..terbalik sudah )

so terciptelah ActaLuvins...da2 da2.. jgn banyak tanye k..

 
Template by suckmylolly.com